jump to navigation

JOOM! SOLAT – ‘Asar 4:44 PM 26/07/2010

Posted by suraubursa in Uncategorized.
add a comment

Sili klik view > HTML untuk paparan yang lebih memuaskan.

Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
  2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.

Keterangan/Hujah:

  1. Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia. Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.
  2. Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)
  3. Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud: “Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja’far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa’ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa’ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda “Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)

WASSALAM
*************

http://ar-rusydan.webnode.com/
Layari blog Surau Ar-Rusydan. Sekiranya ada sebarang komen, sila emel kepada Surau Ar-Rusydan. Terima kasih.

JOOM! SOLAT – 4:45 PM 08/07/2010

Posted by suraubursa in Uncategorized.
add a comment

Sili klik view > HTML untuk paparan yang lebih memuaskan.

Al-Hadith:

IMAN Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a katanya: Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Apakah sifat yang paling baik dalam Islam? Rasulullah s.a.w bersabda: Memberikan makanan serta memberi salam samada kepada orang yang engkau kenali atau pun tidak. [MUSLIM] FAITH
‘Abdullah bin ‘Amr, may Allah be pleased with them, narrated: A man asked Allah’s Messenger (may peace and blessings be upon him) which (of the merits) is superior in Islam? He (the Holy Prophet) remarked: That you provide food and extend greetings to one whom you know and whom you do not know. [MUSLIM]

WASSALAM
*************

https://arrusydan.wordpress.com
Layari blog Surau Ar-Rusydan. Sekiranya ada sebarang komen, sila emel kepada Surau Ar-Rusydan Terima kasih.

JOOM! SOLAT – 4:44 PM 07/07/2010

Posted by suraubursa in Uncategorized.
add a comment

Sili klik view > HTML untuk paparan yang lebih memuaskan.

Al-Hadith:

PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah kamu memerangi satu kaum yang diibaratkan muka-muka mereka seperti perisai bagi tentera. Hari Kiamat juga tidak akan berlaku sehinggalah kamu memerangi satu kaum yang memakai kasut yang diperbuat daripada rambut. [MUSLIM]
THE TURMOIL AND PORTENTS OF THE LAST HOUR.
Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, reported: Allah’s Messenger (may peace be upon him) said: The Last Hour would not come until you fight with people whose faces are like hammered shields and the Last Hour would not come until you would fight against those wearing the shoes of hair. [MUSLIM]

WASSALAM
*************

http://ar-rusydan.webnode.com/
Layari blog Surau Ar-Rusydan. Sekiranya ada sebarang komen, sila emel kepada Surau Ar-Rusydan. Terima kasih.

JOOM! SOLAT – ‘Asar: 4:42 PM 21/06/2010

Posted by suraubursa in Uncategorized.
add a comment

Sila klik view > HTML untuk paparan yang lebih memuaskan.

AL-Hadith:

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:”Jika engkau menjual buah-buahan (yang masih di pokok/kebun), lalu buah-buahan itu rosak dimakan hama, maka tidak halal bagimu menerima pembayaran kerana bererti engkau mengambil harta saudaramu tanpa hak.” (Muslim)

Huraian
Mu’amalat adalah merujuk kepada segala urusan yang berkaitan dengan harta ( mal ). Islam memperincikan pengurusan harta agar ia menepati kehendak sebenar dan menjamin hak setiap individu demi mengelak penindasan dan penipuan disamping membentuk jati diri seperti jujur, amanah, adil dan telus. Sesungguhnya syariatlah yang memandu kita agar tidak tersasar dari sikap tamak, rakus dan haloba kerana tidak ada jaminan bahawa kita mampu mengawasi nafsu yang memang fitrahnya mencari dan mengejar keuntungan semata-mata.

Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya… [maksud hadis]

WASSALAM
*************

Kisah Ayat Kursi 19/05/2010

Posted by suraubursa in Uncategorized.
add a comment

Dari Abu Hurairah, dia berkata, Aku ditugaskan Rasulullah saw. untuk menjaga hasil zakat pada bulan Ramadhan. Tiba-tiba datanglah seseorang kepadaku, dan mengambil sedikit dari zakat itu. Maka aku menangkapnya seraya berkata, ‘Kamu akan ku adukan kepada Rasulullah.’ Orang itu berkata, ‘Biarkan aku, sesungguhnya aku orang miskin, punya banyak anak.’ Maka aku pun melepaskannya. Pada keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, ‘Hai Abu Hurairah, apa yang dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?’ Aku menjawab, ‘Ya Rasulullah, dia mengadukan kemiskinannya dan keluarganya yang banyak, maka aku kasihan dan aku membebaskannya.

Nabi bersabda, ‘Sesungguhnya orang itu berdusta kepadamu, dan dia akan kembali.’ Saya sedar bahwa orang itu akan kembali karena Rasulullah saw. mengatakannya. Maka aku pun mengintipnya. Ternyata dia datang untuk mengambil makanan. Maka aku menangkapnya lagi seraya berkata, ‘Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah saw.’ Dia berkata, ‘Lepaskanlah aku, sesungguhnya aku sangat susah dan punya keluarga yang banyak, saya tidak akan kembali.’ Maka aku pun merasa kasihan dan membebaskannya lagi. Keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, ‘Hai Abu Hurairah, apa yang telah dilakukan tawananmu kelmarin?’
Saya menjawab, ‘Wahai Rasulullah, dia mengadukan kemiskinan dan jumlah keluarganya yang banyak, maka aku pun jatuh kasihan dan membebaskannya lagi.’

Nabi bersabda, ‘Sesungguhnya dia berdusta kepadamu, dan dia akan kembali.’ Maka pada yang ketiga kalinya aku mengintipnya. Dia datang mengambil makanan. Segera aku menangkapnya seraya berkata: ‘Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah Ini adalah yang ketiga kalinya. Kamu mengatakan bahwa kamu tidak akan kembali, namun nyatanya kembali lagi.’

Dia berkata, ‘Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimat yang dengannya kamu akan beroleh manfaat dari Allah.’ Saya bertanya: ‘Kalimat apakah itu?’ Dia berkata: ‘Apabila kamu hendak tidur, maka bacalah ayat kursi. ‘Maka Allah akan senantiasa menurunkan pelindung bagimu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi.’

Maka akupun membebaskannya. Keesokan hari, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, ‘Apa yang telah dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?’ Saya menjawab, ‘Wahai Rasulullah, dia telah mengajariku beberapa kalimat yang dengannya Allah akan memberiku manfaat, maka aku pun melepaskannya.’ Beliau bertanya, ‘Kalimat apakah itu?’ Saya menjawab, ‘Dia berkata kepadaku, ‘Apabila kamu akan tidur, maka bacalah ayat kursi.’ Dia berkata kepadaku, ‘Allah akan senantiasa menurunkan pelindung bagimu dan syaitan tidak akan mendekati mu hingga pagi.’

Maka Nabi saw. bersabda, ‘Dia telah berkata benar kepadamu, walaupun sebenarnya dia adalah pendusta. Hai Abu Hurairah, tahukah dengan siapa kamu berbicara selama tiga malam itu?’ Saya menjawab tidak. Nabi bersabda, ‘Dia adalah syaitan.'” (HR Bukhari)

JOOM! SOLAT – 4:33 PM 17/05/2010

Posted by suraubursa in Uncategorized.
add a comment

Sili klik view > HTML untuk paparan yang lebih memuaskan.

Al-Hadith:

IMAN Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a katanya: Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Apakah sifat yang paling baik dalam Islam? Rasulullah s.a.w bersabda: Memberikan makanan serta memberi salam samada kepada orang yang engkau kenali atau pun tidak. [MUSLIM]

FAITH ‘Abdullah bin ‘Amr, may Allah be pleased with them, narrated: A man asked Allah’s Messenger (may peace and blessings be upon him) which (of the merits) is superior in Islam? He (the Holy Prophet) remarked: That you provide food and extend greetings to one whom you know and whom you do not know. [MUSLIM]

WASSALAM
*************

https://arrusydan.wordpress.com
Layari blog Surau Ar-Rusydan. Sekiranya ada sebarang komen, sila emel kepada Surau Ar-Rusydan Terima kasih.

JOOM! SOLAT – 4:33 PM 13/05/2010

Posted by suraubursa in Uncategorized.
add a comment

Sili klik view > HTML untuk paparan yang lebih memuaskan.

Al-Hadith:

ZIKIR, DOA, TAUBAT DAN ISTIGHFAR. Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, maka hendaklah kamu berazam serta benar-benar memohon kepada Allah s.w.t dan janganlah berkata: Ya Allah, jika Engkau kehendaki maka perkenankanlah kepada aku, kerana sesungguhnya Allah itu bukanlah kedekut. [MUSLIM] THE REMEMBRANCE OF ALLAH, SUPPLICATION, REPENTENCE,
Anas, may Allah be pleased with him, reported: Allah’s Messenger (may peace be upon him) said: When one of you makes supplication, he should supplicate with a will and should not say: O Allah, confer upon me if You like, for there is none to coerce Allah. [MUSLIM]

WASSALAM
*************

https://arrusydan.wordpress.com
Layari blog Surau Ar-Rusydan. Sekiranya ada sebarang komen, sila emel kepada Surau Ar-Rusydan Terima kasih.

JOOM! SOLAT 12/05/2010

Posted by suraubursa in Uncategorized.
add a comment

Al-Quran:

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. [Al-Baqarah : 153]

O ye who believe! Seek help with patient perseverance and prayer: for Allah is with those who patiently persevere. [Al-Baqarah : 153]

Forum Perdana Ehwal Islam 12/05/2010

Posted by suraubursa in Uncategorized.
add a comment

JOOM! SOLAT 11/05/2010

Posted by suraubursa in Uncategorized.
add a comment

Al-Hadith:

IMAN Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a katanya: Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Apakah sifat yang paling baik dalam Islam? Rasulullah s.a.w bersabda: Memberikan makanan serta memberi salam samada kepada orang yang engkau kenali atau pun tidak. [MUSLIM]

FAITH
‘Abdullah bin ‘Amr, may Allah be pleased with them, narrated: A man asked Allah’s Messenger (may peace and blessings be upon him) which (of the merits) is superior in Islam? He (the Holy Prophet) remarked: That you provide food and extend greetings to one whom you know and whom you do not know. [MUSLIM]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.